3 Okt 2009

Para Ahli Surga

SUMBER : www.dudung.net

Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."

1. Salam alaikum bima shobartum: Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu

2. Ud khuluha bisalamin aminin: Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman

3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun: Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu

4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum: Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita

5. Albasakum alhuli wal hulal: Kami berimu pakaian dan perhiasan

6. Zawwa jakum ul hurul iin: Kami kahwinkan kamu dengan bidadari

7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun: Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.

8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin: Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin

9. Hirtum syababa laa tahromun: Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya

10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran: Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya

Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini yaitu:

1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."

2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."

3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."

4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."

5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.

0 comment:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More